ARTIKEL

Abang Johari berkata model AI milik Sarawak mungkin akan memakan masa untuk diwujudkan tetapi generasi pada masa hadapan dapat merealisasikannya. - Foto: BERNAMA

Abang Johari membayangkan model AI milik Sarawak dipanggil DeepSAR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam membayangkan aspirasi agar Sarawak membangunkan model kecerdasan buatan (AI) sendiri yang dipanggil DeepSAR (DeepSarawak).

Mungkin diilhamkan oleh model AI buatan China, DeepSeek, beliau berkata perkara itu berpotensi besar melibatkan Sarawak dalam “perbualan digital” dengan negara lain.

Bagaimanapun, bagi membolehkan projek sebegitu dimulakan, Abang Johari berkata ketersambungan menyeluruh merentasi Sarawak mesti diwujudkan terlebih dahulu.

“Mungkin ia tidak akan berlaku pada zaman saya, tetapi jika kita membina asas yang betul, suatu hari nanti, ia boleh menjadi realiti,” katanya pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

Abang Johari membuat kenyataan itu ketika Sarawak meneruskan usaha untuk melaksanakan transformasi digital, dengan matlamat meletakkan wilayah ini sebagai hab teknologi serantau.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengenal pasti Sarawak sebagai landasan bagi pelancaran satelit.

Ia boleh dilakukan dengan kaedah yang mesra alam, seperti menggunakan roket, pesawat atau kapal terapung.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau