ARTIKEL

Abang Johari bersama-sama kepimpinan tertinggi daripada parti komponen GPS pada mesyuarat GPS di ibu pejabat PBB, Petra Jaya hari ini. | Gambar: Mohd Alif Noni

Abang Johari sahkan ada menteri PBB mahu undur diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan terdapat menteri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang mahu mengundurkan diri sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13, yang dijangka berlangsung tahun ini.

Namun, beliau yang juga Presiden PBB dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) enggan mendedahkan identiti mereka buat masa ini.

“Ada (menteri undur diri)…Saya boleh beritahu ada daripada PBB yang undur diri,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat GPS di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Petra Jaya, hari ini.

Abang Johari menambah perkembangan itu akan dimaklumkan kelak, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRU Sarawak Ke-13.

Berdasarkan senarai Kabinet Sarawak sebelum pembubaran DUN Sarawak pada 26 Oktober lalu, terdapat lapan ADUN daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang memegang jawatan menteri, termasuk Premier dan Timbalan Premier.

Selain Abang Johari sebagai Premier, dua timbalannya ialah Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Manakala yang memegang jawatan menteri terdiri daripada Datuk Seri Fatimah Abdullah (Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti), Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom (Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan; Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan), Datuk Seri Julaihi Narawi (Menteri Utiliti dan Telekomunikasi) dan Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn (Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat).

BERITA LAIN

KJRI berhasrat buka pejabat perwakilan di Miri


KUCHING: Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) berhasrat membuka pejabat perwakilan di Miri bagi memudahkan urusan warga Indonesia khususnya mereka yang bekerja dan menetap di kawasan

BERITA TERBARU

KJRI berhasrat buka pejabat perwakilan di Miri


KUCHING: Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) berhasrat membuka pejabat perwakilan di Miri bagi memudahkan urusan warga Indonesia khususnya mereka yang bekerja dan menetap di kawasan