Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Abang Johari, Taib dijangka rasmi Masjid baharu Daro, esok

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

DARO: Masjid baharu Daerah Daro yang mengubah landskap pembangunan di daerah ini akan dibuka secara rasmi pada esok hari.

Adun Daro Safiee Ahmad berkata, Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka bakal tiba di Daro esok hari bagi merasmikan pembukaan Masjid itu.

Jelasnya, projek masjid itu pertama kali dilaksanakan pada bulan April 2019 dan sepatutnya siap sepenuhnya mengikut jadual pada Mei 2021 namun terpaksa ditangguhkan sementara waktu ekoran pandemik Covid-19.

“Ini merupakan satu projek dipohon oleh saya kepada Abang Johari ketika lawatan rasmi beliau pada tahun 2017 ke Daro bersempena dengan majlis Ramah Tamah Aidilfitri peringkat Daerah Daro,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Ujarnya, perasmian Masjid Daerah Daro merupakan satu penantian buat masyarakat Islam di daerah Daro dan projek ini menelan kos berjumlah RM9.5 juta.

Selain daripada Majlis itu, Majlis Pecah Tanah Bandar Baru Daro Fasa dua turut diadakan pada sebelah petang dan diikuti majlis perasmian Medan Selera Daro oleh Ketua Menteri.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang