ARTIKEL

Sekitar rakaman kenangan Mesyuarat Khas yang melibatkan barisan Exco empat sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N21 Tebedu.

Empat sayap PBB Tebedu pilih Simon calon GPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu sebulat suara menyokong Dr Simon Sinang Bada dicalonkan semula sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13).

Kesepakatan itu dicapai menerusi Mesyuarat Khas Exco empat sayap PBB N21 Tebedu, membabitkan sayap Bapa, Wanita, Pemuda dan Belia di Pusat Khidmat Tebedu baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Facebook, mesyuarat berkenaan turut membincangkan persiapan menghadapi PRN akan datang.

Hasil perbincangan, keempat-empat sayap parti mencapai resolusi untuk terus memberikan sokongan kepada Simon bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan agenda pembangunan di kawasan berkenaan.

“Kesepakatan ini mencerminkan pendirian bersama seluruh sayap parti dalam memberikan sokongan terhadap kesinambungan kepimpinan, visi dan misi pembangunan yang telah digariskan bagi kawasan Tebedu.

“PBB Cawangan Tebedu akan terus memelihara semangat perpaduan, kerjasama dan kesepakatan dalam menghadapi persiapan Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 demi kesinambungan pembangunan Tebedu,” menurut hantaran itu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2021, Simon memenangi kerusi DUN Tebedu dengan memperoleh 5,082 undi dan majoriti 3,273 undi.

Beliau menewaskan empat pencabar, iaitu calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Cheyne Kambeng yang memperoleh 1,089 undi; calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Jonathan Lantik (614 undi); calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senior William Rade (610 undi) dan calon Bebas, Roland Bangu (106 undi).

Simon menggantikan Datuk Amar Michael Manyin Jawong yang mewakili kawasan Tebedu selama lima penggal berturut-turut sejak 1996.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU