ARTIKEL

Abby Abadi

Abby Abadi minta Marissa tenang hadapi ujian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pelakon dan usahawan, Abby Abadi, tampil memberikan kata-kata semangat buat anaknya, Marissa Dania Hakim, yang kini menjadi perhatian susulan kemelut rumah tangga bersama-sama suami, Ahmad Aslam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menasihati Marissa agar tidak tergesa-gesa membuat keputusan, sebaliknya memberi ruang kepada diri untuk mengenali kehidupan dengan lebih mendalam.

“Pusing-pusing dahulu, lihat keindahan dunia.

Beri peluang kepada diri untuk merasai nikmat kehidupan yang Allah berikan,” kongsinya.

Dalam pada itu, Abby turut mengingatkan agar setiap keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi oleh orang sekeliling, sebaliknya berlandaskan nilai yang mampu memberi ketenangan jiwa.

“Kalau belum faham erti hidup, tidak mengapa.

Yang penting, terus belajar. Jangan ikut orang, tetapi lakukan sesuatu yang bernilai untuk diri sendiri,” ujarnya.

Sebagai seorang ibu, Abby tidak menafikan usia muda Marissa menjadi ruang untuk belajar daripada kesilapan, malah percaya setiap ujian merupakan proses menuju kematangan.

“Adik baru 20 tahun.

Kesilapan bukan bermakna gagal, tetapi sedang belajar menjadi manusia yang lebih baik.

Anak Mama kuat… Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, pasangan pempengaruh itu dilaporkan hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Difahamkan, Ahmad Aslam melafazkan cerai dan rujuk sebanyak dua kali, masing-masing pada September 2024 dan April 2025, sebelum kembali rujuk dalam tempoh sama serta pada Jun tahun berikutnya.

Perkembangan itu sekali gus mencetuskan perhatian ramai, dengan orang ramai turut menitipkan doa agar urusan pasangan ini dipermudahkan. — AMIRAH FATINI

BERITA LAIN

Shuib Sepahtu tampil mohon maaf

PELAWAK Shuib Sepahtu mengambil tanggungjawab atas ketegangan yang berlaku antara dirinya dengan rakan seperjuangannya, Jep Sepahtu, apabila tampil memohon maaf secara terbuka selepas hampir seminggu

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,