ARTIKEL

Abdul Karim sedia berundur jika tidak dicalonkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Selepas 25 tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bersedia melepaskan kerusinya sekiranya tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.

Abdul Karim, Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada parti menentukan sama ada khidmatnya masih diperlukan.

“Ada beberapa orang dalam kalangan kami sudah berkhidmat agak lama, termasuk saya yang sudah berkhidmat selama 25 tahun iaitu lima penggal.

“Jika parti dan rakyat di kawasan masih merasakan khidmat saya diperlukan, maka kita tidak boleh menolak. Namun, saya tetap bersedia untuk menyerahkan kerusi sekiranya itu keputusan parti menjelang PRN Sarawak akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Perasmian Kraf Borneo Sarawak dan Menitik Mata sebagai simbolik perasmian Regata Perahu Naga Antarabangsa 2026 di Tebingan Sungai Kuching, di sini, hari ini.

Mengulas kemungkinan penyandang digugurkan atau memilih untuk berundur, Abdul Karim berkata, keputusan mengenai calon baharu dan penyandang yang tidak dicalonkan semula terletak pada Premier Sarawak merangkap Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Beliau akan menentukan calon baharu dan penyandang yang tidak akan dicalonkan semula. Saya tidak boleh mengambil alih hak tersebut. Perkara itu akan diketahui menjelang hari penamaan calon,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuat kuasa 26 Oktober ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pembubaran itu membuka laluan kepada PRN Sarawak Ke-13, sekali gus membolehkan rakyat memilih wakil rakyat bagi penggal seterusnya.

BERITA LAIN

GPS gabung calon berpengalaman, muka baharu

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bakal menampilkan gabungan calon berpengalaman dan muka baharu pada Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13), namun keputusan muktamad mengenai senarai calon

DUN Sarawak bubar, beri laluan PRN-13

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Oktober ini bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 selepas mendapat perkenan

BERITA TERBARU

GPS gabung calon berpengalaman, muka baharu

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bakal menampilkan gabungan calon berpengalaman dan muka baharu pada Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13), namun keputusan muktamad mengenai senarai calon

DUN Sarawak bubar, beri laluan PRN-13

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Oktober ini bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 selepas mendapat perkenan