ARTIKEL

GPS gabung calon berpengalaman, muka baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bakal menampilkan gabungan calon berpengalaman dan muka baharu pada Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13), namun keputusan muktamad mengenai senarai calon hanya akan dibuat selepas mesyuarat gabungan itu.

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, gabungan itu akan menampilkan calon daripada kalangan berpengalaman dan generasi muda, termasuk muka baharu.

Beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, jumlah muka baharu yang akan diketengahkan belum dapat dipastikan, manakala kemungkinan penyandang tidak bertanding lebih menjurus kepada keputusan mereka untuk berundur.

Abang Johari turut berkata, tema khas GPS bagi menghadapi PRN kali ini belum diputuskan dan akan dibincangkan dalam mesyuarat gabungan itu sebelum diumumkan kepada media.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PBB, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjangkakan sekurang-kurangnya 10 peratus calon muka baharu akan diketengahkan, manakala Naib Ketua Pergerakan Wanita PBB, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan calon wanita turut berpeluang dipilih.

Ketika ini, hanya lima daripada 82 kerusi DUN Sarawak disandang wanita

GPS yang terdiri daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) kini menguasai 79 daripada 82 kerusi DUN, dengan pecahan PBB sebanyak 47 kerusi, SUPP (13), PRS (11) dan PDP (lapan).

Baki kerusi diwakili DAP sebanyak dua kerusi dan ADUN Bebas, See Chee How, di Batu Lintang.

Pada PRN-12, GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi yang ditandingi, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi dan DAP dua.

Jumlah kerusi GPS kemudian meningkat kepada 79 selepas tiga bekas ADUN PSB dari Bawang Assan, Engkilili dan Ba’kelalan menyertai PDP susulan pembubaran PSB.

BERITA LAIN

DUN Sarawak bubar, beri laluan PRN-13

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Oktober ini bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 selepas mendapat perkenan

BERITA TERBARU

DUN Sarawak bubar, beri laluan PRN-13

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Oktober ini bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 selepas mendapat perkenan