ARTIKEL

Jalan Ma Onn dinaik taraf, kurangkan risiko banjir kilat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerja-kerja menaik taraf Jalan Ma Onn bermula pada 12 Oktober lalu dijangka mengambil masa kira-kira lima bulan, melibatkan pelebaran dan peninggian jalan bagi mengurangkan risiko banjir kilat serta meningkatkan keselamatan pengguna.

Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dalam kenyataan media hari ini memaklumkan, tempoh pelaksanaan projek itu bergantung pada keadaan cuaca dan situasi di tapak.

Kerja pelebaran jalan dilaksanakan bagi mengatasi keadaan laluan yang sempit dan berpotensi membahayakan pengguna, sekali gus meningkatkan aksesibiliti serta keselamatan penduduk setempat.

Dalam perkembangan berkaitan, projek menaik taraf Jalan Sungai Tengah 5 yang dibiayai menerusi peruntukan Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof, siap pada 11 September lalu.

Sementara itu, Pengerusi MPP, Tan Kai, bersama-sama Ahli Majlis, pegawai MPP dan wakil komuniti melawat tapak projek hari ini bagi mendapatkan taklimat daripada kontraktor mengenai perkembangan kerja-kerja berkenaan.

Tan menyatakan kepuasan terhadap penambahbaikan yang dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan dan kemudahan akses kepada masyarakat setempat.

MPP menegaskan komitmennya untuk terus menaik taraf infrastruktur jalan raya bagi melancarkan pergerakan trafik, meningkatkan keselamatan pengguna dan mengurangkan risiko banjir kilat.

MPP turut merakamkan penghargaan kepada Fadillah, wakil rakyat lain di kawasan pentadbirannya serta agensi kerajaan berkaitan atas sokongan dan peruntukan bagi menjayakan projek pembangunan infrastruktur berkenaan.

BERITA LAIN

Sarawak-Libya teroka kerjasama pendidikan

KUCHING: Peluang memperluas kerjasama pendidikan tinggi dan latihan antara Sarawak dengan Libya menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri

BERITA TERBARU

Wanita rugi RM192,000 diperdaya sindiket penipuan

KUCHING: Hasrat seorang wanita berusia 61 tahun untuk membersihkan namanya daripada dakwaan terbabit dalam pengubahan wang haram bertukar mimpi ngeri apabila dia kerugian RM192,000 selepas

Pengukuran tanah NCR perlu dipercepat

KUCHING: Kerajaan Sarawak diminta mempergiat dan mempercepat proses pengukuran serta pengeluaran hak milik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), tegas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander