ARTIKEL

Sarawak-Libya teroka kerjasama pendidikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peluang memperluas kerjasama pendidikan tinggi dan latihan antara Sarawak dengan Libya menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan Duta Besar Libya ke Malaysia, Mohamed A.M. Attia, di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.

Mohamed berkata, pertemuan itu menjadi ruang awal untuk kedua-dua pihak mengenal pasti bidang yang berpotensi diterokai bagi memperkukuh hubungan kerjasama, khususnya dalam sektor pendidikan tinggi dan latihan.

Foto: UKAS

Beliau merakamkan penghargaan kepada Premier atas kesudian menerima kunjungan berkenaan dan menyifatkan pertemuan itu sebagai sangat berjaya.

Ujarnya, kunjungan tersebut merupakan lawatan keduanya ke Sarawak selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia pada September lalu.

Foto: UKAS

“Sarawak juga menjadi negeri keempat yang saya kunjungi di Malaysia selepas Johor, Pulau Pinang dan Pahang.

“Saya berharap dapat kembali ke Sarawak bagi meneruskan perbincangan mengenai peluang kerjasama yang berpotensi dikembangkan antara kedua-dua pihak,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pengukuran tanah NCR perlu dipercepat

KUCHING: Kerajaan Sarawak diminta mempergiat dan mempercepat proses pengukuran serta pengeluaran hak milik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), tegas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander