Abdullah hulur sumbangan MRP kepada lima pertubuhan

BINTANGOR: Lima pertubuhan menerima peruntukan Geran Projek Luar Bandar (MRP) sebanyak RM12,166.00 daripada Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), Abdullah Saidol di sini, hari ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Abdullah sendiri yang juga ADUN N.42 Semop.

Pertubuhan berkenaan ialah IPD Meradong sebanyak RM3,000 bagi menjayakan program ‘Run Against Crime’ yang berlangsung pada 5 Oktober depan.

Program yang dijangka melibatkan penyertaan belia tempatan ini dijayakan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK) Sarikei, Parti PBB N.46 Meradong dan Saberkas Meradong.

Antara pengisian Program Pencegahan Jenayah ialah Kempen Anti Dadah yg dianjur bersama antara AADK, Saberkas Meradong dan Pemuda PBB Meradong.

Abdullah mengadakan perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Penganjur Program Run Against Crime di Pejabat Daerah Meradong semalam.

Program ini turut disertai Squad Sayang Wanita PBB Meradong yang menganjur pertandingan memasak terbuka untuk kaum wanita daerah ini.

Aktiviti-aktiviti lain ialah persembahan busking, pertandingan Bolasepak Jalanan, Takraw Bulatan dan lain-lain.

Pada masa sama, Kelab Pengiat Sastera Sarikei (Kapessa) menerima sebanyak RM4,000 bagi membantu penyertaan Anum band dalam program mengenali bahasa Melanau dan membuat persembahan secara langsung di TV3, pada 27 September ini.

Dalam pada itu, RM3,333 disampaikan kepada JKKK Kampung Tanjung Bundong membeli tiang lampu elektrik gelanggang badminton dan peralatan komputer.

Pada masa yang sama, Abdullah turut menghulurkan sumbangan RM1,833 kepada Jawatankuasa Pengurusan Masjid Tanjung Bundong bagi untuk membeli satu unit komputer dan mesin cetak.

Tazudin Murni menerima sumbangan daripada Abdullah.

Hadir sama Pegawai Daerah Meradong, Baijuri Bidin dan Pengerusi Persatuan Melanau Sibu, Mohd Anis Ili.

Sehubungan itu, Abdullah mahu penerima manfaatkan sumbangan berkenaan dengan bijak.

“Saya juga mahu aktiviti Cegah Jenayah yang diselang seli dengan program Anti Dadah dilaksanakan dengan sebaik baiknya agar menepati sasaran.

“Saya bangga dengan penyertaan Anum Band dalam program bahasa Melanau di TV3 dan mereka mampu mempromosikan budaya dan dialek kepelbagaian masyarakat Melanau Sarawak kepada orang luar,” katanya.

Sejurus selesai program beliau berkesempatan meluangkan masa bersama jawatankuasa Persatuan Tuai Rumah Meradong.

Sumbangan bagi membantu JKKK Kampung Tanjung Bundung dan Jawatankuasa Masjid Kampung Bundung turut dihulurkan.

Suara Sarawak