DUA acara berbasikal lasak iaitu Ulu Paku MTB Jamboree 2020 dan Saribas XC Challange 2020 ditunda tahun hadapan. Ulu Paku MTB Jamboree dijadualkan akan berlangsung pada bulan Oktober di Bukit Saban.
Manakala Saribas XC Challange dijadualkan bakal berlangsung di Debak pada bulan November.
Presiden Persatuan Berbasikal Bahagian Betong (PBBB), Saiful Hanizam Suhaini berkata, penundaan dua program mega tersebut disebabkan situasi yang masih belum selamat sepenuhnya ekoran penularan wabak Covid19.

“Oleh kerana situasi semasa Covid-19 masih belum mengizinkan maka kami terpaksa menunda kedua-dua program berkenaan.
“Tarikh baharu penyambungan semula program tersebut belum diputuskan lagi tetapi yang pasti ia akan dilangsungkan pada tahun hadapan,” katanya ketika mengulas perkara tersebut kelmarin.
Jelasnya, setiap tahun keduadua perlumbaan berkenaan dianjurkan di tempat yang sama dan mendapat sambutan daripada peminat sukan berbasikal lasak.
“Setiap kali kedua-dua program berlangsung, ia mendapat sambutan mengalakkan daripada orang ramai,” ujarnya.



