ARTIKEL

Gabriel Nistelrooy ketika sidang media praperlawanan di Merodok Techo National Stadium, di sini, hari ini.

ACL2: Gabriel Nistelrooy mahu KCFC kekal disiplin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEMBOJA: Penyerang Kuching City FC (KCFC) Gabriel Nistelrooy percaya disiplin serta pematuhan kepada pelan permainan menjadi kunci utama untuk menghadapi pasukan tuan rumah, Phnom Penh Crown FC dalam perlawanan sulung Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2), malam esok.

Beliau yang teruja dan berbangga kerana bakal membuat penampilan pertama dalam saingan ACL2, turut bertekad memberikan aksi terbaik dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, malam esok.

“Pertama sekali, kami sangat teruja kerana ini kali pertama kelab bermain dalam ACL dan esok kami akan memberikan yang terbaik untuk menghasilkan permainan yang baik,” katanya pada sidang media praperlawanan di Merodok Techo National Stadium, di sini, hari ini.

Mengulas kekuatan Phnom Penh Crown, Gabriel mengakui pasukan itu memiliki barisan pemain berkualiti, termasuk pemain bernombor 14 yang dikenal pasti sebagai antara tonggak utama lawan.

Bagaimanapun, katanya, KCFC tidak akan terlalu menumpukan perhatian kepada individu tertentu, sebaliknya perlu kekal dengan perancangan pasukan serta mengekalkan disiplin sepanjang perlawanan.

Sementara itu, Gabriel berkata, keadaan cuaca di Kemboja sedikit lebih panas berbanding Malaysia, namun perkara tersebut tidak seharusnya menjadi alasan kepada pemain untuk gagal memberikan persembahan terbaik.

KCFC akan membuka kempen Kumpulan H ACL2 menentang Phnom Penh Crown sebelum berdepan Gangwon FC dari Korea Selatan dan Kitchee SC dari Hong Kong dalam saingan peringkat kumpulan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU