ARTIKEL

Aidil Sharin Sahak ketika sidang media praperlawanan di Merodok Techo National Stadium, di sini, hari ini.

ACL2: KCFC fokus permainan sendiri hadapi Phnom Penh Crown

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEMBOJA: Kuching City FC (KCFC) lebih memberi tumpuan kepada pelan permainan sendiri berbanding terlalu memikirkan kekuatan Phnom Penh Crown FC menjelang aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2), malam esok.

Ketua jurulatih KCFC, Aidil Sharin Sahak berkata, pasukannya menghormati kemampuan wakil Kemboja itu, namun perlu kekal fokus dengan pendekatan yang dirancang.

“Kami menghormati kemampuan lawan dan mahu mengekalkan sikap rendah diri ketika menghadapi perlawanan tersebut.

“Paling penting, kami perlu fokus kepada pasukan sendiri termasuk perkara yang mahu dilakukan dan bagaimana akan bermain menentang mereka.

“Bukannya terlalu memberi tumpuan kepada lawan,” katanya pada sidang media praperlawanan di Merodok Techo National Stadium, di sini, hari ini.

Aidil berkata, perlawanan tersebut penting bagi kedua-dua pasukan kerana menjadi aksi pembukaan kempen ACL2, sekali gus dijangka berlangsung sengit apabila setiap pasukan mahu memulakan saingan dengan keputusan positif.

Aidil Sharin Sahak ketika sidang media praperlawanan di Merodok Techo National Stadium, di sini, hari ini.

Mengulas kekuatan Phnom Penh Crown, Aidil berkata, beliau mengenali ketua jurulatih pasukan itu yang juga rakannya, selain memahami falsafah permainan yang diterapkan.

Katanya, pengalaman beraksi di pentas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) serta barisan pemain import Phnom Penh Crown perlu diberikan perhatian oleh KCFC.

“Kami tahu mereka mempunyai pemain yang baik dalam serangan, termasuk pemain nombor 10, yang perlu kami awasi.

“Pemain nombor 14 mereka juga mempunyai kelebihan kaki kiri, terutama ketika mengambil sepakan bola mati,” katanya.

Bagaimanapun, Aidil menegaskan KCFC tidak mahu terlalu terikat dengan kekuatan lawan sehingga mengabaikan perancangan pasukan sendiri.

KCFC dijadual menentang Phnom Penh Crown FC di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, malam esok.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU