ARTIKEL

Antara aktiviti yang dijalankan semasa Bengkel Adat Kahwin Melanau Bataeng Mukah, baru-baru ini.

Adat Perkahwinan Melanau Diperkasa Melalui Bengkel di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Tradisi perkahwinan masyarakat Melanau terus diperkasa menerusi penganjuran Bengkel Adat Kahwin Melanau Bataeng Mukah yang diadakan di Dewan Integrasi Kampung Jebungan di sini baru-baru ini.

Menurut Ketua Kaum Tellian Ulu, Hairin Junang, tujuan penganjurannya adalah untuk mendalami serta menghidupkan kembali adat perkahwinan tradisional Melanau yang masih diamalkan sehingga hari ini, khususnya dalam majlis pertunangan dan perkahwinan.

“Bukan itu sahaja, penting juga untuk kita melahirkan pelapis muda dalam kalangan generasi belia yang mampu mengambil alih peranan dalam majlis adat ini.

“Ini adalah bagi memastikan mereka tidak bergantung kepada golongan tua dalam mengurus upacara adat tersebut,” katanya kepada Suara Sarawak.

Hairin yang juga penceramah jemputan bengkel tersebut memberitahu bahawa ia adalah satu usaha berterusan masyarakat Melanau bagi memastikan adat ini tidak lenyap ditelan zaman, sebaliknya terus difahami serta dimartabatkan oleh generasi kini dan akan datang.

Hendi (dua kanan) menerima cenderamata daripada Hairin (dua kiri) selepas bengkel tersebut.

Jelasnya, inisiatif ini bukan sahaja mendidik, malah menghidupkan semula semangat komuniti dalam mengekalkan identiti dan warisan budaya masyarakat Melanau.

Sehubungan itu, bengkel ini juga menjadi platform pengukuhan identiti budaya serta ruang interaksi antara generasi, yang mana peserta muda berpeluang mempelajari secara langsung daripada mereka yang berpengalaman.

Dalam pada itu, bengkel yang diadakan selama dua hari itu disertai oleh 41 orang peserta daripada pelbagai lapisan umur dan 11 buah kampung.

Kampung yang terlibat ialah Kampung Jebungan selaku penganjur dan tuan rumah, Kampung Kuala Jebungan, Kampung Kelapa Baru, Kampung Tega, Kampung Penakub Ulu, Kampung Sesok Baru, Kampung Sesok Lama, Kampung Teh, Kampung Teh Labak, Kampung Sitieng serta beberapa kampung dari Balingian.

Majlis Penangguhan Bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Temenggong Mukah, Hendi Suhai, manakala majlis penyampaian sijil penyertaan disampaikan oleh Pemanca Mohd Jali Kawi.

Rakam kenangan… Peserta bengkel merakam kenangan selepas majlis penutupan tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU