ADRIAN STOICA AND HURRICANE dinobatkan sebagai juara America’s Got Talent (AGT) musim ke-18 sekali gus membawa wang tunai bernilai AS$1 juta (RM4.71 juta).
Stoica dan Hurricane diundi sebagai pemenang mengatasi 10 fi nalis lain; penyanyi Lavender Darcangelo, penyanyi Putri Ariani, kumpulan paduan suara Mzansi Youth Choir dan 82nd Airborne Chorus, kumpulan tarian Murmuration, Chibi Unity dan Avantgardey, pelawak Ahren Belisle, ahli silap mata Anna DeGuzman dan duo akrobatik The Ramadhani Brothers.
Antara lima peserta teratas ialah The Ramadhani Brothers, Putri Ariani, Adrian Stoica and Hurricane, Anna DeGuzman dan Murmuration.
Kemuncak, acara menyaksikan Adrian Stoica bersama-sama anjingnya Hurricane bersaing dengan ahli silap mata Anna DeGuzman.
Bagaimanapun, berlaku kontroversi sebaik sahaja AGT-18 mengumumkan Adrian Stoica and Hurricane sebagai juara kali ini.
Penonton dikatakan memberontak sebaik sahaja hos Terry Crew mengumumkan kemenangan tersebut.
Segelintir audiens berasa keputusan tersebut tidak tepat kerana tidak mengutamakan bakat sebenar peserta.
“Memalukan bakat murni seperti Putri Ariani berada di tempat keempat.
Apakah yang orang fi kirkan? Para hakim pun terpegun.
“Pertunjukan ini ditipu.
Putri telah dirompak,” antara komen yang ditulis audien di aplikasi X (Twitter).



