ARTIKEL

Aduan kenderaan rosak selepas isi minyak, PETRONAS bertindak segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Siasatan sedang dijalankan di sebuah stesen PETRONAS di Lebuhraya Samarahan selepas beberapa kenderaan dilaporkan menghadapi masalah selepas pengisian minyak di stesen berkenaan, semalam.

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dalam kenyataan rasmi hari ini memaklumkan, penutupan sementara ini dilakukan bagi membolehkan pihak berkenaan menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk mengenal pasti punca kejadian.

“Langkah itu adalah bagi memastikan penyiasatan dapat dijalankan dengan teliti dan tepat. Bagaimanapun, operasi semua stesen PETRONAS yang lain tidak terjejas dan berjalan seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

PBD menambah mereka telah menghubungi pelanggan yang terlibat serta mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu ini dengan segera.

Kata kenyataan itu, syarikat berkenaan juga menekankan bahawa mereka memandang serius setiap laporan yang diterima dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi pelanggan.

“Orang ramai yang terjejas digalakkan untuk menghubungi Mesralink di talian 1-300-88-8181 bagi mendapatkan bantuan segera,” katanya.

Kejadian ini mula menjadi tular di media sosial apabila beberapa pengguna mendakwa kenderaan mereka mengalami kerosakan selepas mengisi minyak di stesen PETRONAS Samarahan Expressway semalam.

Pengguna media sosial melaporkan berlaku pencampuran diesel dan petrol di stesen minyak akibat kegagalan teknikal pada sistem tangki simpanan stesen berkenaan.

Ramai pemandu dan penunggang motosikal tidak sempat bergerak jauh selepas mengisi minyak di stesen berkenaan sebelum enjin kenderaan mereka mati secara tiba-tiba.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU