Adun Balingian Abdul Yakub Arbi mudah didekati anak-anak muda

MUKAH: Prihatin terhadap pembangunan belia,merendah diri dan mudah didekati adalah antara ciri-ciri yang ada pada Adun Balingian Abdul Yakub Arbi yang menjadikan anak-anak muda di Mukah menyukai dan mudah mendekati beliau.

Sehubungan itu, anak-anak muda khasnya tidak berasa janggal untuk menyatakan apa jua pandangan mereka kepada beliau apatah lagi berbual-bual sambil bergurau senda.

Semalam beliau berkesempatan melakukan lawatan santai ke Pusat Kegiatan Belia Mukah dan melihat sendiri perkembangan terkini Akademi Pembangunan Bola Sepak Setia Raja Mukah.

Dalam lawatan tersebut beliau turut melihat sendiri perkembangan semasa sesi latihan akademi yang dijalankan di Padang Mesra Mukah.

Selain itu, beliau sempat meluangkan masa duduk bersama-sama dengan pelatih-pelatih akademi dan memberikan nasihat serta komen dan berbual-bual sambil ditemani jurulatih Jamal Wasli yang dibantu oleh Rosli Akup dan Henry Anyie.

Dalam pertemuan tersebut beliau sempat bertanyakan khabar dan bersembang santai dengan anak-anak muda yang serta duduk minum bersama-sama dan merakamkan foto bersama.

Sejak tahun 2013 ditubuhkan sehingga kini Akademi Pembangunan Bola Sepak Setia Raja Mukah telah mengumpul 60 orang pelatih yang terdiri daripada pelajar sekolah dari sekitar Mukah. Secara keseluruhan akademi tersebut memfokuskan tiga kategori utama iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.

Bagi tahun ini sahaja Abdul Yakub Arbi yang juga Penasihat kepada Pertubuhan Belia Parlimen Mukah telah memberikan peruntukan RM10,000 untuk pelbagai program di bawah Pertubuhan Belia Parlimen Mukah.