BINTULU: ADUN Jepak, Iskandar Turkee, menzahirkan keprihatinan dengan nasib dua keluarga membabitkan 13 ahli keluarga yang terjejas akibat kebakaran bilik di Rumah Jam Arin, KM 1 Jalan Samarakan, Ahad lalu.
Sebagai tanda keprihatinan, Iskandar yang diwakili Penolong Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.67 Jepak, Meor Iswandy Marzuki, bersama-sama Ketua Pemuda PBB DUN Jepak, Franky Sibat menyampaikan bantuan keperluan asas kepada keluarga terbabit.
Iskandar berkata beliau bersimpati dengan musibah yang menimpa kedua-dua keluarga itu dan berharap semua mangsa diberikan kekuatan serta ketabahan untuk menghadapi dugaan berkenaan.
Beliau turut berharap segala urusan keluarga terbabit dipermudah, selain bantuan sewajarnya dapat disalurkan bagi meringankan beban mereka dalam memenuhi keperluan harian selepas kejadian berkenaan.

Iskandar Turkee Gesa Percepat Projek Rumah Mampu Milik, Naik Taraf Jalan di Jepak
KUCHING: Kerajaan Sarawak digesa mempercepat pelaksanaan projek rumah mampu milik, menyelesaikan masalah bekalan air di Samarakan serta menaik taraf jalan Tatau–Kuala Tatau bagi memenuhi keperluan
