ARTIKEL

ADUN Kabong ziarahi jenazah Pegawai Daerah Kabong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Pegawai Daerah Kabong, Tahir Bin Mohd Sharee, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching kira-kira jam 1 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Sukma Kuching dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching hari ini juga.

Allahyarham yang dilahirkan pada tahun 1973 meninggal pada usia 53 tahun.

Beliau mula bertugas di Pejabat Daerah Kabong pada 18 Februari 2023.

Sepanjang perkhidmatannya di Kabong, Allahyarham selaku Pegawai Daerah bertanggungjawab menguruskan pentadbiran daerah serta hal ehwal pembangunan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Isteri Allahyarham berasal dari Kuala Lumpur dan bertugas sebagai guru di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuching.

Pemergian Allahyarham pastinya membawa rasa kehilangan kepada keluarga, rakan sekerja dan masyarakat yang mengenali beliau.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir dan isteri, Datin Meryani Haji Yassin turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma, Kuching pagi tadi.

Kunjungan itu merupakan tanda penghormatan terakhir serta untuk menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian insan yang banyak menabur bakti dalam perkhidmatan awam, khususnya sepanjang menjalankan amanah sebagai Pegawai Daerah Kabong.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat dirasai, terutama oleh keluarga, rakan sekerja serta masyarakat yang pernah mengenali dan berurusan dengan beliau.

“Segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti Allahyarham sepanjang hayatnya diharap akan terus dikenang,” ujarnya.

Allahyarham Tahir (tengah)

BERITA LAIN

BERITA TERBARU