ARTIKEL

Gambar Fail

ADUN Kalaka Gesa Projek Jambatan Sungai Krian Dua Dimulakan Segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: ADUN Kalaka, Mohamad Duri menggesa agar pembinaan Jambatan Sungai Krian Dua di Pekan Saratok dimulakan segera.

Menurutnya, jambatan berkenaan telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan peruntukan RM122 juta.

“Selepas diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, saya mohon agar Kerajaan Persekutuan memberi perhatian dan menyegerakan pembinaan projek berkenaan yang terletak di Tanjung Kalimah Pagan,” katanya.

Beliau berkata dalam usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Jelasnya, jambatan berkenaan amat penting bagi meningkatkan jaringan perhubungan serta merancakkan pembangunan ekonomi dan sosial penduduk setempat.

Menyentuh isu utiliti elektrik dan air bersih, Mohamad berkata, punca utama gangguan bekalan elektrik ialah masalah voltan rendah, selain kekerapan kerja penyelenggaraan berjadual pada hujung minggu.

Beliau dalam pada itu memohon agar Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) menyegerakan kerja-kerja pemasangan meter air kepada penduduk di Kampung Perpat Hulu, Perpat Tengah, Perpat Hilir, Rumah Panjang Tanjong dan Kampung Paloh.

Untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bollah Kaba, beliau turut menggesa kerajaan memberi perhatian serius dengan keadaan sekolah yang semakin uzur dan daif.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU