ARTIKEL

ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap.

ADUN Kota Sentosa Nafi Kenyataan Pengerusi DAP Sarawak Berkaitan Sektor Kesihatan Negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin dengan tegas menafikan kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang menuduh Kerajaan Sarawak tidak melakukan usaha mencukupi untuk memperkukuh sektor kesihatan di negeri ini.

Wilfred berkata, tuduhan itu juga sangat tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.

Ujarnya, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengambil tindakan serius dan jangka panjang melalui Pelan Induk Kesihatan Awam Sarawak 2050 yang dilancarkan secara rasmi pada 9 April lepas.

“Abang Johari sudah menegaskan bahawa pelan induk tersebut mencerminkan tekad Sarawak untuk memperkukuh sistem kesihatan secara berdikari, mengurangkan kebergantungan mekanisme Persekutuan serta memastikan akses saksama perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada semua rakyat Sarawak menjelang 2050.

“Pelan ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak dan merangkumi perancangan untuk mengenal pasti kawasan yang memerlukan hospital dan klinik baharu, menaik taraf kemudahan sedia ada, serta meningkatkan perkhidmatan kesihatan luar bandar, sumber manusia dan liputan teleperubatan.

“Ia merupakan pelan hala tuju menyeluruh bagi menutup jurang perkhidmatan serta menjamin akses kesihatan yang adil di setiap bahagian dan daerah di Sarawak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambahnya, Pelan Induk Kesihatan Awam 2050 itu juga membuktikan bahawa Sarawak kini menentukan hala tuju kesihatannya sendiri.

Dalam pada itu, Wilfred turut mengingatkan, walaupun bidang kesihatan merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, banyak projek hospital utama seperti Hospital Lawas dan Hospital Petra Jaya hanya dapat diteruskan hasil desakan berterusan dan tindakan susulan Kerajaan Sarawak yang membantu mempercepat proses pembinaan.

Beliau menegaskan, serangan DAP Sarawak ini jelas tidak berasas dan memperlihatkan sikap hipokrit mereka yang hanya pandai mengkritik dari luar walaupun memegang jawatan penting di peringkat Persekutuan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU