ARTIKEL

Tangkap layar… Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Seri Huang Tiong Sii.

ADUN Repok Dedah Bahaya ‘Merancang Atas Kertas’ – Impian Sarawak Bergantung Kepada Ini!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Isu menteri menggalas pelbagai portfolio bukan sekadar beban kerja, tetapi soal keberkesanan politik dan tadbir urus strategik khususnya ketika Sarawak berada dalam gelombang transformasi yang belum pernah berlaku.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, peningkatan tanggungjawab pentadbiran memerlukan portfolio yang lebih fokus, tersusun dan kukuh.

“Ini bertujuan supaya setiap sektor kritikal dapat dilaksanakan dengan tepat, berkesan dan sejajar dengan aspirasi pembangunan negeri.

“Maka, pindaan ini memastikan struktur pentadbiran negeri mampu melaksanakan transformasi secara efektif, bukan sekadar merancang di atas kertas. Kita membina kerajaan yang sejajar dengan impian rakyat.

“Kejayaan Sarawak dalam ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui, pembangunan luar bandar dan keselamatan makanan bukan kebetulan, tetapi hasil keputusan politik yang berani serta berpandangan jauh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

ADUN Repok itu menambah bahawa, aspirasi Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi dan peneraju ekonomi hijau serantau menjelang 2030 bukan sekadar slogan, sebaliknya komitmen yang dilaksanakan secara konsisten setiap hari.

Katanya, kepimpinan tegas dan progresif Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam melakukan pembaharuan menunjukkan komitmen politik bagi memastikan Kerajaan Negeri terus menjadi pentadbiran yang cekap dan berwawasan.

“Rang Undang-undang (RUU) ini dilihat sebagai langkah strategik untuk mengangkat Sarawak ke tahap kemajuan yang lebih tinggi, membina sistem pentadbiran kukuh demi masa depan politik, ekonomi dan sosial negeri.

“Pembangunan ini akan diteruskan demi memajukan negeri untuk kemakmuran rakyat sambil menjadikan Sarawak sebagai Bintang ASEAN yang berdaya saing dan berinovasi,” katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan