ARTIKEL

TAHNIAH… Royston menyampaikan hadiah kepada peserta pasukan Sekolah Sukan Tabuan Jaya dalam Kejohanan Bola Jaring MSS, semalam.

ADUN Tellian Gesa Pelajar Jadi Duta Antibuli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pelajar perlu menjadi ejen perubahan dengan menolak budaya buli di sekolah dan menumpukan perhatian kepada pembelajaran serta bidang sukan yang diceburi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menegaskan isu buli bukan perkara boleh dipandang ringan kerana ia sudah mencapai tahap meragut nyawa.

TAHNIAH… Royston menyampaikan hadiah kepada peserta pasukan Sekolah Sukan Tabuan Jaya dalam Kejohanan Bola Jaring MSS, semalam.

“Buli tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi di peringkat sekolah sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Oleh itu, saya berharap peserta bola jaring ini kembali ke sekolah masing-masing dan menjadi duta antibuli dengan mengingatkan rakan-rakan bahawa budaya itu musuh bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penutupan Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) di Dewan Tertutup Mukah, semalam.

Sehubungan itu, beliau turut menekankan disiplin diri sebagai asas utama kejayaan sama ada dalam pelajaran atau sukan.

Menurutnya, pelajar yang terlibat dalam kejohanan ini telah menunjukkan potensi bukan sahaja untuk mewakili Sarawak malah berpotensi mengharumkan nama Malaysia suatu hari nanti.

Royston juga menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengkaji semula kaedah pengagihan geran tahunan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah bagi memudahkan penyertaan dalam acara sukan MSS.

“Ini terutama bagi kawasan luar bandar yang berdepan cabaran kewangan serta jarak jauh untuk menyertai kejohanan.

Di peringkat Kerajaan Sarawak, kita sentiasa berusaha memastikan perancangan berkaitan pembangunan pelajar sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum dilaksanakan dengan baik,” tambahnya.

Kejohanan ini disertai 31 pasukan dari 11 kontinjen termasuk Mukah, Sarikei, Samarahan, Kapit, Miri, Sekolah Sukan Tabuan Jaya, Kuching, Sibu, Betong, Bintulu dan Limbang.

Keputusan Kejohanan:

12 Tahun Bawah (TKB): Juara MSS Bintulu, Naib Juara MSS Sibu, Ketiga MSS Kapit.

15 TKB: Juara Sekolah Sukan Tabuan Jaya, Naib Juara MSS Sibu, Ketiga MSS Bintulu.

18 TKB: Juara Sekolah Sukan Tabuan Jaya, Naib Juara MSS Kuching, Ketiga MSS Miri.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU