ARTIKEL

‘AGE Convention 5.0 - The Final Arc’ platform perkukuhkan kemahiran komunikasi peserta, AGE Convention 5.0, kemahiran komunikasi, cosplayer dan gamer, SUPP Sarawak, Universiti Teknologi Sarawak, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Kaunselor Kevin Lau Kor Jie, Robert Lau Hui Yew, cosplay, gamer
Kevin Lau (dua kiri) dan Robert Lau (kanan) diiringi Lee (tengah) melawat pameran yang diadakan sempena acara berkenaan.

‘AGE Convention 5.0 – The Final Arc’ platform perkukuhkan kemahiran komunikasi peserta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Peserta AGE Convention 5.0 – The Final Arc digesa untuk menjadikan acara ini sebagai platform bagi memperkukuhkan kemahiran komunikasi mereka.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pusat, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie, menekankan bahawa komunikasi memainkan peranan penting dalam setiap aktiviti yang berlangsung sepanjang konvensyen ini.

(Bearisan belakang, tengah) Kevin Lau (baju kuning) dan Robert Lau (baju putih) bergambar dengan peserta acara berkenaan.

“Setiap peserta, sama ada sebagai ‘cosplayer’, pemain permainan (gamer), atau artis, membawa elemen komunikasi dalam ekspresi mereka.

“Sebagai ‘cosplayer’, anda menyampaikan minat anda terhadap watak pilihan anda.

“Sebagai ‘gamer’, anda membentuk visi kolektif untuk mencapai kemenangan sebagai satu pasukan, dan sebagai artis, anda menerjemahkan idea dan emosi anda melalui karya seni,” katanya.

Kevin Lau berkata demikian semasa menghadiri acara tersebut selaku tetamu jemputan dalam acara yang berlangsung di Universiti Teknologi Sarawak (UTS), hari ini (Jumaat).

Turut hadir bersamanya ialah Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau Hui Yew.

Beliau menambah, kemahiran ini bukan sahaja melatih peserta untuk memperkembangkan diri tetapi juga memberi mereka kelebihan untuk maju lebih jauh dalam kehidupan dan kerjaya.

Kevin turut menggalakkan peserta untuk mendalami watak-watak yang mereka kagumi, sama ada dalam dunia anime atau permainan video.

Menurut Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan itu, kisah-kisah watak ini sering kali membawa mesej inspirasi.

“Penulis skrip sering menggambarkan cabaran dan rintangan yang perlu dilalui oleh watak-watak ini.

“Namun, melalui semangat yang tidak pernah luntur, mereka berupaya mengatasi segala cabaran dengan penuh keberanian dan keyakinan.

“Nilai inilah yang saya harap dapat anda tanamkan dalam diri, kerana keberanian dan keyakinan adalah kunci untuk terus melangkah ke hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, Robert Lau, turut menyeru para peserta agar terus mengejar minat dan bakat masing-masing tanpa ragu.

“Buatlah apa yang anda cintai dengan penuh dedikasi. Minat anda adalah asas untuk mencipta kejayaan di masa depan,” katanya.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan