ARTIKEL

Gambar Hiasan

Agensi kerajaan siap siaga hadapi El Nino

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Agensi kerajaan Persekutuan dan negeri meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi fenomena El Nino berintensiti kuat yang dijangka berterusan hingga awal tahun depan.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan fenomena itu berpotensi menyebabkan cuaca lebih panas dan kering serta pengurangan taburan hujan di seluruh negara.

Menurut Bernama, keadaan itu dijangka memberi kesan kepada sektor pertanian, paras air empangan, selain meningkatkan risiko pembakaran terbuka, kebakaran dan jerebu.

Sehubungan itu, agensi berkaitan diarahkan memperkukuh koordinasi, pemantauan dan langkah pencegahan, termasuk memastikan kesiapsiagaan jentera, logistik dan sumber manusia.

NRES turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana tindakan tegas boleh dikenakan, termasuk denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum lima tahun.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU