ARTIKEL

Kredit: RPO | Bernama

Agong tiba di Kazan bagi segmen kedua lawatan negara di Rusia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAZAN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Kazan, ibu negeri Republik Tatarstan pada Jumaat, bagi segmen kedua Lawatan Negara di Rusia.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kazan pada 10.15 pagi (waktu tempatan).

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut oleh Rais (Presiden) Tatarstan Rustam Minnikhanov. 

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Industri dan Perdagangan Tatarstan Oleg Korobchenko serta Duta Rusia ke Malaysia Nail Latypov.

Sebagai simbolik sambutan tradisional, tiga gadis berpakaian kebangsaan Tatarstan mempersembahkan roti dan chak-chak, pencuci mulut tradisional republik itu, kepada Seri Paduka Baginda.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berlepas ke Kazan dalam istiadat keberangkatan rasmi, dari Lapangan Terbang Vnukovo-2 di Moscow.

Pada sebelah petang, Yang di-Pertuan Agong dijadualkan menerima menghadap Minnikhanov di Kazan Kremlin Presidential Palace.

Seri Paduka Baginda berada di Rusia bagi lawatan negara atas undangan Presiden Vladimir Putin. — Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU