ARTIKEL

Roland Sagah berucap FOTO GHAZALI BUJANG

Ahli majlis tempatan berperanan sampaikan peluang pendidikan, kemahiran kepada masyarakat luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli majlis tempatan memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat berkaitan peluang pendidikan, latihan kemahiran dan pembangunan modal insan kepada masyarakat luar bandar, khususnya di Serian.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, masyarakat perlu didedahkan kepada keperluan pembelajaran berterusan, latihan semula dan peningkatan kemahiran bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Kita perlu maklumkan kepada rakyat bahawa pendidikan tinggi di institusi milik kerajaan Sarawak akan diberikan secara percuma mulai tahun hadapan.

“Selain itu, beri pendedahan tentang pusat latihan seperti ILP Serian yang kini telah beroperasi, serta institusi lain seperti Sarawak Skills, CENTEXS dan sebagainya,” katanya ketika berucap dalam Majlis Angkat Sumpah Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Majlis Majlis Daerah Serian, di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau turut menggesa agar ahli-ahli majlis menjadi agen penyampai maklumat yang aktif dalam mempromosikan peluang pendidikan dan latihan kemahiran kepada komuniti setempat.

Roland Sagah bergambar kenangan bersama pentadbiran baharu MDS…FOTO GHAZALI BUJANG

“Jangan hanya menunggu orang datang bertanya. Ahli majlis mesti proaktif dalam menyebarkan maklumat mengenai peluang pendidikan yang tersedia.

“Kita kini berada dalam era pembangunan pesat, dengan kemunculan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI). Kita tidak boleh membiarkan rakyat kita ketinggalan,” ujarnya.

Menurut beliau, pendidikan pada masa kini tidak hanya berasaskan pencapaian akademik, sebaliknya melibatkan penguasaan kemahiran khusus yang sejajar dengan keperluan industri semasa.

“Terdapat banyak pekerjaan hari ini yang memerlukan lebih daripada sekadar ijazah.

“Dunia sedang berubah dengan pantas, dan teknologi seperti AI telah mula menggantikan banyak peranan dalam pelbagai sektor,” tambahnya.

Majlis angkat sumpah tersebut turut menyaksikan pelantikan semula beberapa ahli majlis, serta kemasukan muka baharu yang diharapkan mampu menyuntik semangat serta idea segar dalam pentadbiran Majlis Daerah Serian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU