ARTIKEL

Ahli parlimen Mas Gading mahu pendidikan politik bermula di sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol mahu pendidikan mengenai politik dimulakan pada peringkat sekolah lagi.

Ini kerana berdasarkan pengalamannya menceburi politik sejak lapan tahun lepas mendapati masih ramai penduduk di luar bandar yang diwakilinya itu termasuk pengundi dewasa kurang pengetahuan mengenai pengundian dan pilihan raya.

“Itu yang saya suarakan di Parlimen dalam sesi bahas mengenai undi pada umur 18 tahun, kerisauan saya adalah kawasan luar bandar (Sarawak) di mana kesedaran (penduduknya) mengenai politik terlalu rendah dan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri di Parlimen Mas Gading.

“Saya rasa mereka (golongan muda 18 tahun ke atas di luar bandar) mungkin belum bersedia (menjadi pengundi pada pilihan raya negeri),” katanya selepas menghadiri Program Pidato Kenegaraan 2019 Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching, Jalan Matang di sini, semalam.

Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan selewatnya pada 2021.

Sementara itu, pertandingan pidato terbabit menyaksikan Canigia Udin Ben dari Kapit menjadi juara dan menerima hadiah RM1,500 manakala tempat kedua Zulfadli Emran dari Lawas menerima hadiah RM1,000 serta ketiga Arif Adam Patahul Ariffin dari Meradong dengan hadiah RM500.– BERNAMA

Gambar fail

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU