ARTIKEL

Ahli Parlimen Tanjung Manis kesal akaun FB palsu guna namanya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abd Wahab kesal dengan pihak tertentu yang menggunakan namanya melalui kewujudan sebuah akaun palsu di laman sosial Facebook.

Menurutnya, kewujudan akaun berkenaan disedari beliau sejak Rabu lalu yang memaparkan nama dan gambar sewaktu menghadiri sebuah program di kawasannya baru- baru ini.

Sambil mempersoalkan motif individu berkenaan, Yusuf menegaskan, beliau memandang perkara itu sebagai amat serius.

“Individu yang tidak dikenali itu dilihat cuba berkomunikasi dengan seseorang melalui khidmat pesanan messenger.

“Saya tidak menggunakan messenger Facebook malah, cara penulisan dan lenggok bahasa yang papar oleh individu terbabit juga jauh berbeza dengan saya,” katanya kepada Suara Sarawak.

YUSUF ABD WAHAB

Sehubungan itu, Yusuf juga menasihatkan orang ramai terutama rakyat di Parlimen Tanjung Manis agar tidak terpengaruh dengan tindak tanduk individu tertentu yang meragukan.

Beliau juga mengingatkan orang awam yang menerima ‘pesanan kabur’ itu agar tidak mudah percaya dan berhati-hati selain menyelidiki kesahihannya terlebih dahulu.

“Jangan beri sebarang respon kerana pesanan seumpama ini bukan sahaja tidak memberi sebarang manfaat malah boleh mengakibatkan salah faham.

“Saya akan membuat laporan pihak polis bagi membolehkan pihak berkaitan menjalankan siasatan lanjut terhadap kes ini,” tegasnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU