ARTIKEL

Ahli Perniagaan Rugi Lebih RM500,000 Terperdaya Pelaburan Palsu Di Facebook

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang ahli perniagaan dari Miri kerugian RM570,000 selepas terperdaya tawaran pelaburan tidak wujud diiklankan menerusi akaun Facebook.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata mangsa berusia lewat 50-an telah menghubungi suspek selepas melihat iklan itu.


“Suspek menawarkan skim pelaburan menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohd Farhan berkata mangsa membuat transaksi pemindahan wang secara berperingkat ke dalam akaun bank diberikan suspek.


Mangsa sedar ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan dijanjikan, selain diminta untuk menjelaskan bayaran tambahan jika mahu mendapatkan pulangan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Mohd Farhan menasihatkan orang ramai berwaspada dengan pelaburan dalam talian menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat dan membuat semakan terhadap syarikat atau laman web mencurigakan di semakmule.rmp.gov.my/bnm.
— BERNAMA

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih