DHAKA: Seorang ahli politik Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) maut ditembak di ibu negara Dhaka pada Rabu malam, kata seorang pegawai kanan polis pada Khamis, lapor Xinhua.
Md Fazlul Karim, timbalan pesuruhjaya tambahan Polis Metropolitan Dhaka (Zon Tejgaon), memberitahu Xinhua: “Dua orang ditembak. Mereka dikejarkan ke hospital berdekatan, namun seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba.”
Menurut pegawai itu, kejadian berlaku sekitar 8 malam waktu tempatan di kawasan komersial Karwan Bazar, Dhaka.
Beliau berkata mangsa yang meninggal dunia, Azizur Rahman Musabbir, sebelum ini merupakan pegawai kanan Dhaka Metropolitan North Swechchhasebak Dal, sayap sukarelawan BNP.
Polis berkata penyerang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri, dan motif kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA-XINHUA

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau
WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham


