ARTIKEL

Senator Datuk Ahmad Ibrahim

Ahmad Ibrahim tekad suarakan kepentingan seluruh anak Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Senator Datuk Ahmad Ibrahim bertekad meneruskan amanah atas pelantikannya untuk penggal kedua bagi menyuarakan kepentingan seluruh anak Sarawak, merentasi sempadan politik, kaum dan generasi.

Beliau menegaskan akan terus melangkah ke hadapan, bukan hanya sebagai suara bantahan, tetapi sebagai suara harapan.

“Bukan untuk memecah belah, tetapi untuk memperkukuh perpaduan.

“Bukan sekadar mempertahankan tempat Sarawak dalam Malaysia, tetapi membentuk masa depan Malaysia dengan Sarawak sebagai tulang belakangnya,” katanya dalam kenyataan, selepas mengangkat sumpah semalam di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu dilantik semula oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk penggal kedua, berkuat kuasa sehingga 22 Julai 2028.

Sebelum ini, Ahmad, 55, berkhidmat sebagai senator bermula 22 Julai 2022 hingga 22 Julai tahun ini.

Justeru, beliau menganggap pelantikan itu sebagai mandat untuk mempertahankan hak dan keistimewaan wilayah Sarawak dalam kerangka Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pada masa yang sama menegaskan semula kedudukan Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO) sebagai undang-undang sah negeri, menyokong peranan PETROS sebagai entiti strategik milik rakyat Sarawak dan memperjuangkan dasar pembangunan yang inklusif dan adil antara wilayah, agar tiada negeri yang tertinggal.

Menurut Ahmad, sepanjang penggal pertamanya, beliau konsisten memperjuangkan kedaulatan Sarawak dalam hal ehwal tanah, sumber asli dan perundangan negeri serta hak ekonomi dan pembangunan lestari buat generasi muda dan luar bandar.

Selain itu, beliau turut memperjuangkan kesamarataan antara wilayah, bukan retorik tetapi melalui dasar dan kewangan yang adil serta memperkukuh suara perpaduan nasional, bukan melalui pemisahan tetapi melalui pengiktirafan.

“Pelantikan semula ini bukan sekadar satu penghormatan peribadi, ia adalah satu amanah besar daripada DUN Sarawak, satu tanggungjawab berperlembagaan dan satu kepercayaan politik untuk terus menyuarakan aspirasi wilayah Sarawak di Parlimen Malaysia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU