ARTIKEL

Fadlina menyerahkan watikah kepada Ahmad.

Ahmad Johnie dilantik KPM sebagai Rakan Strategik Kementerian (FOM)

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi dilantik sebagai Rakan Strategik Kementerian (FOM) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan aktif beliau dalam memperjuangkan isu pendidikan, khususnya di Sarawak.

Watikah pelantikan itu diserahkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu sesi pertemuan dan mesyuarat bersama barisan Rakan Strategik Kementerian yang lain di Putrajaya, semalam.

Menurut Fadhlina, pelantikan Ahmad Johnie adalah tanda kepercayaan kementerian terhadap komitmen beliau yang konsisten menyuarakan keperluan dan cabaran pendidikan di peringkat akar umbi.

Tambahnya lagi, pelantikan ini juga bertujuan untuk mengupayakan Ahli-ahli Parlimen daripada Kelab Penyokong Kerajaan Perpaduan sebagai agen penyampaian dasar dan polisi kementerian secara berkesan kepada rakyat.

“Melalui peranan tersebut, Ahmad Johnie dan rakan-rakan strategik lain akan membantu membina naratif serta persepsi positif terhadap pentadbiran dan inisiatif pendidikan kerajaan.

Sementara itu, Ahmad Johnie dalam reaksinya menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu penghormatan dan dorongan untuk terus memperjuangkan kepentingan pendidikan, khususnya bagi komuniti luar bandar di Sarawak.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pendidikan atas kepercayaan ini.

“Ia merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha kita selama ini dan saya komited untuk terus menyumbang demi kemajuan pendidikan negeri dan negara,” katanya ringkas.

Pelantikan ini sekali gus memberi ruang kepada wakil rakyat dari Sarawak untuk memainkan peranan lebih aktif dalam membentuk hala tuju pendidikan nasional yang lebih inklusif dan responsif terhadap keperluan setempat.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan