ARTIKEL

Ahmad Johnie hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran Kpg Tengah Daro

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Mangsa kebakaran di Kampung Tengah di sini, terus mendapat perhatian apabila Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga tersebut.

Sumbangan berupa wang tunai dan barangan makanan disampaikan kepada keluarga berkenaan, pada hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 4.21 petang semalam (Jumaat), sebuah rumah kayu dua tingkat di Kampung Tengah Daro musnah menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Menurut Jabatan Bomba Sarawak, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro diketuai oleh PBK II Mohd Mafri bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 4.21 petang.

Rumah terbabit dihuni tiga ahli keluarga berusia 25 tahun (lelaki), seorang perempuan (50 tahun) dan seorang lelaki (65 tahun).

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa.

Mangsa kebakaran itu juga menerima sumbangan daripada ADUN Daro, Safiee Ahmad, Pejabat Daerah Daro.

Jabatan Kebajikan Daro dan Pihak Tabung Baitumal Sarawak (TBS) juga berusaha membantu apa yang perlu bagi meringankan beban mangsa.

BERITA LAIN

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli

BERITA TERBARU