ARTIKEL

Kredit: FB - Badminton Association of Malaysia

Ahmad Redzuan-Zi Yu muncul juara Remaja Asia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penantian 19 tahun Malaysia untuk muncul juara beregu campuran Kejohanan Badminton Remaja Asia berakhir apabila Ahmad Redzuan Zulwaqqarizal dan Low Zi Yu menjuarai edisi 2026 di Yatsushiro, Jepun.

Gandingan pilihan kedua negara itu menewaskan pasangan China, Zheng Wei Gang dan Li Meng Han 21-15, 22-20 dalam aksi final yang berlangsung selama 43 minit.

Kemenangan itu turut menjadi yang pertama buat Ahmad Redzuan dan Zi Yu ke atas pasangan China berkenaan dalam pertemuan sulung mereka.

Kejayaan itu menyaksikan mereka muncul pasangan beregu campuran remaja Malaysia pertama menjuarai kejohanan berkenaan sejak Tan Wee Kiong dan Woon Khe Wei pada 2007.

Kejuaraan itu sekali gus menamatkan penantian Malaysia selama 19 tahun untuk meraih semula gelaran beregu campuran Kejohanan Badminton Remaja Asia seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU