ARTIKEL

Pertukaran MoU antara Sarawak Energy dan SAIC.

AI jadi pemangkin transformasi tenaga Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy) dan Sarawak Artificial Intelligence Centre Sdn Bhd (SAIC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membangunkan Tenaga Berdaulat Kecerdasan Buatan (AI), sekali gus mempercepat transformasi tenaga Sarawak ke arah sistem yang lebih pintar dan mampan.

MoU yang ditandatangani sempena Forum Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kelestarian (SAREF 4.0) itu bertujuan membangunkan penyelesaian berasaskan AI bagi menyokong integrasi tenaga boleh diperbaharui ke dalam grid kuasa Sarawak, meningkatkan kecekapan serta memperkukuh kebolehpercayaan bekalan tenaga.

Pertukaran dokumen MoU disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat SESCO Berhad, Lau Kim Swee yang mewakili Sarawak Energy, manakala SAIC diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof. Dr Patrick Then.

Ia turut disaksikan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sarawak Energy, Ir. James Ung serta Ahli Lembaga Pengarah SAIC merangkap Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority, Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng.

Menurut kenyataan bersama, kerjasama itu turut memberi penekanan kepada pembangunan bakat dengan memperkenalkan program khusus bagi melatih generasi baharu pakar tenaga berasaskan AI.

“Langkah ini akan melahirkan tenaga mahir yang bersedia memacu inovasi digital, sejajar dengan aspirasi Sarawak untuk muncul sebagai peneraju dalam sektor tenaga hijau,” jelas kenyataan itu.

MoU tersebut dimeterai pada salah satu sesi plenari bertajuk “Memajukan Tenaga Generasi Baharu: Inovasi dan Teknologi dalam Peralihan Tenaga” yang menghimpunkan pemimpin tenaga dan pakar teknologi bagi membincangkan bagaimana inovasi boleh merubah landskap tenaga masa hadapan.

SAREF 4.0 yang dianjurkan dua tahun sekali oleh Sarawak Energy berjaya menghimpunkan kira-kira 2,000 peserta termasuk pempamer dari 37 negara.

Forum ini menggabungkan pembuat dasar, pemimpin industri, ahli kewangan, penyelidik serta wakil komuniti untuk berkongsi pandangan dalam mempercepatkan peralihan tenaga global.

Berlandaskan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG), SAREF 4.0 menekankan kepentingan kerjasama strategik dalam mencapai matlamat bersama ke arah dekarbonisasi, keselamatan tenaga dan pertumbuhan inklusif.

MoU antara Sarawak Energy dan SAIC sekali lagi membuktikan bahawa teknologi, bakat serta perkongsian pintar mampu menjadi pemangkin dalam mempercepatkan peralihan ke arah sistem tenaga lestari yang lebih berdaya tahan.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih