KUCHING: Penganjuran Asia International Community of Art and Design (AICAD) 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak dilihat berjaya memperkukuh peranannya sebagai platform penting dalam membina kolaborasi serta jaringan seni dan reka bentuk di peringkat serantau.
Timbalan Naib Canselor (Industri, Komuniti dan Perhubungan Alumni) UiTM Malaysia, Profesor TPr Dr Jamalunlaili Abdullah berkata, AICAD berfungsi sebagai jambatan merentas sempadan yang membuka ruang kepada perkongsian idea, inovasi dan penyelesaian kreatif dalam bidang kesenian melalui persidangan akademik.
“Rangkaian yang kita bina di sini akan menjadi benih kepada kolaborasi masa hadapan, projek bersama serta penyelesaian inovatif terhadap cabaran yang kita hadapi
“AICAD juga membawa makna yang mendalam kerana ia bukan sahaja meraikan seni dan reka bentuk, malah turut menghubungkan kita dengan kepelbagaian nilai budaya, warisan dan identiti,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam AICAD 2025 yang berlangsung pada malam Rabu di Dewan Jubli, UiTM Sarawak, Kampus Samarahan.
Beliau menambah, penglibatan pelbagai pihak dalam penganjuran kali ini membuktikan UiTM Sarawak semakin diiktiraf sebagai pusat rujukan seni dan reka bentuk yang berupaya memberi impak di peringkat antarabangsa.
UiTM Perak, Melaka dan Kedah turut memainkan peranan dengan menyumbang kepakaran serta dedikasi dalam menjayakan persidangan tersebut.
Sementara itu, kolaborasi bersama rakan strategik dari Institut Teknologi Bandung dan Universitas Sebelas Maret dilihat semakin mengukuhkan hubungan dua hala dalam memperkasa industri kreatif rantau ini.
Profesor Dr Jamalunlaili yakin usaha berterusan itu akan melonjakkan bidang seni dan reka bentuk tempatan ke kelompok 100 terbaik dunia, sekali gus mengangkat reputasi Malaysia sebagai hab kreatif serantau – TVS.

Kerajaan Sarawak sokong penubuhan Kolej Teknologi Tinggi HIKMAH
KUCHING: Kerajaan Sarawak menjamin akan terus menyokong usaha Harakah Islamiah (HIKMAH) memperkasa bidang pendidikan, termasuk menerusi penubuhan Kolej Teknologi Tinggi (High Tech) HIKMAH bagi memperluas
