ARTIKEL

PERLU FOKUS...Pemain pertahanan, Jimmy Raymond (kiri) bersemangat ketika sesi latihan bersama-sama rakan. - FOTO KC FC.

Aidil harap Kuching mampu ikat JDT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mengharap pemainnya beraksi mengikut pelan yang diguna pakai ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Negeri, Petra Jaya malam esok.

Aidil berharap aksi terakhir di laman sendiri malam esok dapat memperoleh sebarang mata meskipun sedar ia bukan satu tugas yang mudah.

“Saya mengharap pemain dapat menterjemah strategi yang diguna pakai dengan baik,” ujar Aidil kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Aidil, tiada sebarang perubahan taktikal terhadap kem kendaliannya bagi perlawanan malam esok.

Namun, berlaku sedikit perubahan terhadap barisan kesebelasan utama yang diturunkan.

“Tiga tonggak utama iaitu Muhammad Danial Amier Norhisham, Muhammad Ramadhan Saifullah Usman dan Jordan Mintah tidak dapat diturunkan malam esok.

“Ia memaksa saya melakukan sedikit perubahan di posisi berbeza,” tambah Aidil.

Sambil mengakui perubahan tersebut tidak begitu memberi impak kerana pemain simpanan yang ada mampu menggalas tanggungjawab dengan sebaiknya,” tambah Aidil.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

PRN Melaka: 79 calon bertanding

Seramai 79 calon daripada pelbagai parti, gabungan politik dan Bebas disahkan layak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang berlangsung pada 14 Nov.

Ibu bapa perlu pantau anak, elak budaya buli

SARIKEI: Ibu bapa perlu meningkatkan pengawasan terhadap pergaulan dan tingkah laku anak-anak, termasuk penggunaan media sosial, bagi membentuk generasi berakhlak mulia serta menghindari gejala buli