ARTIKEL

Datuk Yusuf Abd Wahab menyantuni seorang murid ketika merasmikan Majlis Khatam al-Quran Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sarikei.

Ibu bapa perlu pantau anak, elak budaya buli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Ibu bapa perlu meningkatkan pengawasan terhadap pergaulan dan tingkah laku anak-anak, termasuk penggunaan media sosial, bagi membentuk generasi berakhlak mulia serta menghindari gejala buli yang semakin membimbangkan.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Datuk Yusuf Abd Wahab berkata tanggungjawab mendidik anak bukan sekadar menyediakan keperluan harian, sebaliknya turut menuntut perhatian, teguran dan bimbingan berterusan daripada ibu bapa.

Katanya, perkara yang dianggap kecil seperti adab pergaulan, tutur kata, disiplin menunaikan solat dan pengurusan masa perlu diberi perhatian supaya tidak menjadi tabiat negatif apabila mereka dewasa.

“Jangan biarkan kesalahan anak tanpa teguran kerana sikap berdiam diri boleh menyebabkan mereka menganggap perbuatan itu sesuatu yang dibenarkan.

“Kejadian buli sama ada secara fizikal, lisan atau siber perlu dipandang serius kerana bukan sahaja memberi kesan emosi kepada mangsa, malah boleh menjejaskan masa depan pelakunya,” katanya ketika merasmikan Majlis Khatam al-Quran Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sarikei, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pelajar supaya mengamalkan sikap saling menghormati, menyayangi rakan serta menjadikan sekolah sebagai tempat membina persahabatan dan nilai murni.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 81 unit televisyen pintar diagihkan kepada 41 sekolah di kawasan Parlimen Tanjong Manis bagi membantu meningkatkan kemudahan pembelajaran.

Daripada jumlah itu, dua unit diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sarikei dalam fasa kedua, selain 16 sekolah lain yang turut menerima sumbangan berkenaan. Setiap sekolah juga menerima RM2,000 bagi menjayakan program khatam al-Quran.

“Saya juga akan meneruskan usaha melengkapkan kemudahan dewan di semua sekolah kawasan Parlimen Tanjong Manis bagi menyediakan prasarana lebih baik,” tambahnya.

BERITA LAIN

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk

BERITA TERBARU

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk