ARTIKEL

BERCAKAP… Ketua Jurulatih Kuching City FC (KC FC) Aidil Sharin Sahak ketika ditemui selepas perlawanan.

Aidil puas hati pemain pamer kesungguhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Jurulatih Kuching City FC (KC FC), Aidil Sharin Sahak, berpuas hati dengan semangat juang dan kesungguhan ditunjukkan anak buahnya ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi pertama separuh akhir Piala FA 2025 di Stadium Negeri, Petra Jaya, semalam.

Biarpun tewas tipis 2-1, Aidil menegaskan keputusan tersebut tetap memuaskan memandangkan kekuatan dan kualiti pasukan lawan yang merupakan gergasi bola sepak tempatan.

“Kita sedia maklum tentang JDT dan kualiti yang mereka miliki.

Saya rasa setakat ini kita telah memberikan tentangan sengit kepada mereka.

“Sudah pasti kita mahu meneruskan prestasi ini, malah mempertingkatkannya.

Kuching City bukan kelab besar, tetapi kami membuktikan bahawa kami semakin berkembang. Secara keseluruhan, saya gembira dengan persembahan yang diperagakan pasukan,” katanya.

Menjelang aksi kedua separuh akhir yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 29 November ini, Aidil yakin anak buahnya masih mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan lawan meskipun berdepan kelebihan jaringan dan sokongan di laman sendiri.

“Saya rasa perlawanan itu akan berbeza, tetapi saya percaya dalam bola sepak, kita sentiasa boleh mencuba dan bekerja keras untuk mendapatkan keputusan yang baik.

“Kami akan tingkatkan rentak permainan serta ketajaman di hadapan gol.

Namun, saya akui perkara itu bukan mudah apabila menentang pasukan besar seperti JDT.

“Namun inilah bola sepak — kita perlu menerimanya, belajar daripada kesilapan dan terus memperbaiki diri,” jelasnya.

Aidil turut merakamkan penghargaan kepada penyokong Kuching City yang terus memberikan sokongan padu dan dorongan positif kepada pasukan.

“Saya amat menghargai semangat penyokong yang hadir.

Ia memberi motivasi besar kepada pemain untuk terus berjuang dan berkembang dalam setiap perlawanan,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU