ARTIKEL

TUNTUT KEMENANGAN... Aidil Sharin Sahak.

Aidil seru pemain lebih agresif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak menggesa pemainnya lebih agresif dan memanfaatkan aksi di laman sendiri menentang Kelantan City FC di Stadium Taha Ariffin, Petra Jaya, malam esok.

Kemenangan dalam aksi suku akhir kedua itu penting buat City Boys untuk melayakkan diri ke separuh akhir kempen Piala FA 2026.

Menurut Aidil, pasukannya perlu meraih kemenangan bagi memastikan tempat dalam kelompok empat terbaik.

“Kita turun dengan misi mahu meraih kemenangan untuk layak ke separuh akhir.

“Barisan pemain sudah bersedia untuk menghadapi cabaran daripada wakil Pantai Timur itu,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Singapura itu mengakui bukan mudah untuk anak buahnya melepasi halangan berkenaan.

“Kelantan City FC ialah pasukan yang bagus dan gemar melancarkan serangan balas pantas.

“Justeru, kami harus lebih berwaspada berdepan situasi tersebut,” katanya.

Aidil menjangkakan perlawanan itu berlangsung sengit kerana kedua-dua pasukan memburu kemenangan untuk melangkah ke separuh akhir.

Aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad IV pada 20 September lalu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU