HYDERABAD: Air India melanjutkan penggantungan penerbangan ke beberapa bandar utama Arab Saudi berikutan ketegangan ketenteraan di rantau berkenaan.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa perkhidmatan Air India dan Air India Express dari dan ke Riyadh serta Dammam kekal digantung sehingga 30 Nov 2026.
Selain itu, penerbangan dari dan ke Jeddah pula terus digantung sehingga 21 Nov 2026.
Dalam pada itu, serangan kumpulan Houthi dari Yaman terhadap kemudahan penerbangan dan infrastruktur Arab Saudi telah mencetuskan kecaman meluas masyarakat antarabangsa seperti dilapor Bernama.
Sementara itu, perjalanan ke rantau Asia Barat turut terjejas akibat ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran.




