ARTIKEL

Ketua Pengarah AAPA, Wong Hong

Bahan api jet US$180 setong, tambang penerbangan berisiko naik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Harga bahan api jet yang tinggi mungkin menjadi norma baharu kepada industri penerbangan, sekali gus berpotensi menaikkan tambang dan surcaj bahan api, menurut Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).

Ketua Pengarahnya, Wong Hong, menjelaskan bahawa industri kini berdepan struktur kos yang jauh berbeza apabila harga bahan api jet berada pada sekitar US$80 setong daripada paras semasa US$180 setong.

Beliau yang bercakap pada sidang media Perhimpunan Presiden ke-70 AAPA (AP70) menyatakan bahawa sentimen sama diluahkan ketua pegawai eksekutif syarikat penerbangan, namun beliau berharap keadaan itu tidak berlaku.

Selain itu, syarikat penerbangan meneroka cara menentukan tahap harga yang sesuai di pelbagai pasaran melalui surcaj bahan api dan pelarasan tambang, di samping menggesa kerajaan berbincang dengan syarikat penerbangan nasional masing-masing untuk mencari penyelesaian seperti dilapor Bernama.

Dalam pada itu, Wong menyatakan sasaran penggunaan bahan api penerbangan lestari (SAF) sebanyak lima peratus menjelang 2030 sukar dicapai kerana kos pengeluaran tinggi, bekalan terhad dan keperluan sokongan kerajaan yang lebih baik.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pulai ngundi nepan AirBorneo

KUCHING: Rayat Sarawak ti diau ba menua luar tau beambi ulih ari rega tambang bilun AirBorneo ti berengkah ari RM300 dikena ngemuntangka pejalai pulai ngundi