ARTIKEL

Presiden Xi Bakal Pengerusikan Sidang Kemuncak APEC 2026 Di Shenzhen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Presiden China Xi Jinping akan mempengerusikan Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-33 yang dijadual berlangsung di Shenzhen, selatan China pada 18 hingga 19 Nov ini.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China pada Jumaat, Xi turut dijadual menyampaikan ucapan pada mesyuarat yang bertemakan ” Building an Asia-Pacific Community to Prosper Together”.

Sementara itu, Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC akan diadakan di bandar sama pada 17 hingga 18 Nov, bertemakan ” To Prosper and Win the Future Together”.

Jurucakap itu berkata Xi akan menghadiri majlis pembukaan sidang kemuncak berkenaan dan menyampaikan ucaptama.

Sempena penganjuran APEC 2026, Xi turut dijadual menjadi tuan rumah majlis sambutan bagi pemimpin dan wakil ekonomi anggota, selain mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin beberapa negara. – BERNAMA-CMG

BERITA LAIN

BERITA TERBARU