ARTIKEL

Gambar hiasan | Bernama

Seorang maut, 4 cedera dalam kejadian tembakan di utara Rumah Putih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala empat lagi cedera dalam kejadian tembakan kira-kira 1.6 kilometer di utara Rumah Putih pada awal Khamis, lapor Xinhua yang memetik media Amerika Syarikat (AS).

Jabatan Polis Metropolitan (MPD), agensi penguatkuasaan undang-undang utama bagi Daerah Columbia, menerusi hantaran di platform X pada pagi Khamis memaklumkan bahawa polis berada di lokasi kejadian melibatkan “penembak aktif” berhampiran persimpangan 15th Street dan P Street Northwest, sambil menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan itu.

Sebahagian besar kawasan berkenaan serta jalan berhampiran telah dikepung.

Menurut laporan NBC4 Washington yang memetik sumber penguatkuasaan undang-undang persekutuan, penembak itu berkurung di tingkat atas sebuah bangunan pangsapuri yang terletak di atas gimnasium tempat kejadian tembakan berlaku.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Manchester United Pecat Ketua Jurulatih Michael Carrick

BERLIN: Manchester United memecat ketua jurulatih Michael Carrick, menurut kenyataan kelab itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). “Manchester United mengesahkan bahawa Michael Carrick telah meninggalkan