ARTIKEL

Manchester United Pecat Ketua Jurulatih Michael Carrick

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERLIN: Manchester United memecat ketua jurulatih Michael Carrick, menurut kenyataan kelab itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Manchester United mengesahkan bahawa Michael Carrick telah meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih pasukan utama lelaki,” menurut kenyataan itu.

Carrick, bekas pemain United, kembali menyertai kelab berkenaan pada Januari dan membimbing pasukan itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat ketiga.

Bagaimanapun, selepas permulaan musim yang mengecewakan, skuad The Red Devils kini berada dalam zon penyingkiran.

“Kelab telah membuat keputusan yang amat sukar bahawa perubahan perlu dilakukan bagi mencapai cita-cita kami,” menurut United.

Pengendali skuad kebangsaan Amerika Syarikat (AS) Mauricio Pochettino dilaporkan menjadi calon pengganti Carrick. — Bernama

BERITA LAIN

Jip hilang di Kuching ditemukan di Bau

BAU: Cubaan seorang lelaki melarikan diri daripada polis dengan memecut sebuah jip yang dilaporkan hilang di Kuching berakhir apabila dia meninggalkan kenderaan itu di jalan

BERITA TERBARU