ARTIKEL

Jip hilang di Kuching ditemukan di Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Cubaan seorang lelaki melarikan diri daripada polis dengan memecut sebuah jip yang dilaporkan hilang di Kuching berakhir apabila dia meninggalkan kenderaan itu di jalan kebun sebelum meloloskan diri ke kawasan hutan berhampiran Kampung Jagoi Duyoh, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira 7.40 pagi ketika anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menjalankan rondaan pencegahan jenayah di Jalan Bau–Serikin.

Menurutnya, anggota polis yang bertindak atas maklumat diterima terserempak dengan sebuah jip jenis Daihatsu Rocky Feroza sebelum pemandunya bertindak mencurigakan.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, pemandu terbabit terus memecut laju sebelum memasuki jalan kebun di Lorong Podam 1, Kampung Jagoi Duyoh.

“Lelaki itu kemudian meninggalkan kenderaan berkenaan dan melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Haide berkata, anggota polis segera menjalankan usaha mengejar dan mengesan suspek, namun lelaki terbabit berjaya meloloskan diri.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas jip berkenaan mengesahkan kenderaan itu mempunyai rekod laporan kehilangan di Kuching.

“Jip tersebut kemudian dibawa ke IPD Bau untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU