ARTIKEL

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan -Foto BERNAMA

Malaysia Perlu Ada Suara Dalam ASTAF, ISTAF Demi Masa Depan Sepak Takraw – Mohd Sumali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penglibatan Malaysia dalam badan induk sepak takraw di peringkat Asia dan dunia penting bagi memastikan suara negara terus didengari, selain memainkan peranan dalam pembangunan sukan berkenaan, kata Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan.

Beliau berkata penyertaan dalam Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) dan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) memberi ruang kepada Malaysia untuk mengemukakan cadangan berkaitan aspek teknikal, penganjuran kejohanan serta usaha membawa sukan itu ke pentas Olimpik.

Menurut Mohd Sumali, Malaysia perlu mempunyai wakil dalam kedua-dua badan induk berkenaan bagi memperluas peranan negara di peringkat antarabangsa, sekali gus tidak tertumpu kepada penyertaan dalam Sukan SEA dan Sukan Asia sahaja.

“Kita tidak mahu hanya bercakap di luar, tetapi tidak bersuara dalam badan induk. Sudah pasti kalau nak suarakan perkara-perkara yang baik ataupun saranan yang baik kepada badan induk antarabangsa sama ada peringkat Asia ataupun antarabangsa, kita kena duduk dalam itu.

“Sebab itu kalau tak ada dalam itu (badan induk) susah untuk kita berjuang sesuatu perkara tentang teknikal, tentang kejohanan dan sebagainya. Itu pentingnya Malaysia kena ada di dalam ASTAF dan juga ISTAF,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Isnin lepas, Mohd Sumali menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden ASTAF bagi penggal baharu selepas tempoh pencalonan berakhir, manakala Kongres ASTAF yang dijadual berlangsung di Bangkok pada 9 Dis depan bakal melengkapkan pembentukan barisan kepimpinan badan induk itu.

Beliau berkata usaha membawa sepak takraw ke pentas Olimpik menjadi antara keutamaan kepimpinan baharu ASTAF, termasuk menjalin kerjasama strategik dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Majlis Olimpik Asia (OCA) dan ISTAF bagi memenuhi keperluan pengiktirafan sukan berkenaan.

Sementara itu, Mohd Sumali masih mempertimbangkan jawatan bakal ditandinginya dalam pemilihan ISTAF, sama ada Presiden, Timbalan Presiden atau Naib Presiden, menjelang tarikh tutup pencalonan pada 21 Nov ini.

Beliau berkata keputusan itu akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan PSM, selain mengambil kira masa dan komitmen diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan serta bekerjasama dengan negara lain bagi memajukan sepak takraw.

“Kalau masa saya banyak dan tiada jawatan penting lain yang memerlukan komitmen, saya tidak akan berfikir panjang untuk bertanding Presiden ISTAF. Tetapi saya perlu fikir jawatan mana yang sesuai dengan komitmen sedia ada,” katanya yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Kongres ISTAF turut dijadual berlangsung di Bangkok pada 9 Dis.

— BERNAMA

BERITA LAIN

FAM teliti laporan insiden Kuching City-Selangor

KUCHING: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) belum memutuskan sebarang hukuman berhubung insiden kekecohan membabitkan Kuching City FC dan Selangor FC sehingga semua laporan serta bukti berkaitan

Khairul Iqbal permata baharu berbasikal Sarawak

DEBAK: Pada usia 14 tahun dan dengan pengalaman terhad dalam perlumbaan kompetitif, Muhammad Khairul Iqbal Abdullah membuktikan potensinya apabila berjaya meraih tempat ketiga kategori remaja

BERITA TERBARU

Galeri sejarah Siniawan dibuka Januari 2027

BAU: Galeri sejarah dan pusat maklumat pelancongan bernilai RM300,000 di Siniawan dijangka dibuka pada minggu kedua Januari 2027 bagi memperkenalkan warisan tempatan serta mempromosikan destinasi