DEBAK: Pada usia 14 tahun dan dengan pengalaman terhad dalam perlumbaan kompetitif, Muhammad Khairul Iqbal Abdullah membuktikan potensinya apabila berjaya meraih tempat ketiga kategori remaja pada Jamboree MTB Sebangkoi 2026 baru-baru ini.
Kejayaan itu sekali gus menyerlahkan bakat muda dari Kelab Berbasikal Saribas berkenaan dalam sukan berbasikal lasak.
Khairul berkata, beliau gembira dengan pencapaian tersebut meskipun terpaksa berdepan persaingan sengit sepanjang perlumbaan.

ketika menyertai perlumbaan.
Kejayaan itu menjadi pembakar semangat untuk terus fokus dan meningkatkan prestasi bagi menghadapi perlumbaan seterusnya.
Khairul menamatkan perlumbaan kategori remaja di tempat ketiga dengan catatan masa dua jam 16 minit 13 saat.
Jamboree MTB Sebangkoi 2026 merupakan acara julung kali dianjurkan Kelab Sukan Rekreasi Laser Light (KSRLL) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sarikei dan Perbadanan Hutan Sarawak (SFC).
Penganjuran itu turut mendapat sokongan Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak dan PERBASA.
Seramai 77 peserta menyertai perlumbaan berkenaan, mewakili pelbagai kelab dari seluruh Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia serta empat negara, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Afrika Selatan dan Kanada.
Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM11,650.




