ARTIKEL

AirAsia sambung semula penerbangan Kota Kinabalu- Bintulu dan Kota Kinabalu-Sibu November ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: AirAsia akan menyambung semula penerbangan terus bagi laluan Kota Kinabalu-Bintulu dan Kota Kinabalu-Sibu mulai November ini, sekali gus memperkukuh jaringan pengangkutan udara di antara Sabah dengan Sarawak.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, keputusan itu dicapai hasil beberapa siri perbincangan dan penyelarasan yang diadakan bersama syarikat penerbangan berkenaan.

Menurutnya, laluan Kota Kinabalu-Bintulu akan mula beroperasi semula pada 1 November dengan kekerapan tiga penerbangan seminggu, manakala laluan Kota Kinabalu-Sibu akan disambung semula mulai 2 November dengan empat penerbangan seminggu.

“Kedua-dua laluan ini akan menggunakan pesawat Airbus A320 dan tiket penerbangan mula dijual sejak 2 September lalu,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Tiong berkata, penyambungan semula laluan berkenaan akan memberi lebih banyak pilihan perjalanan kepada penduduk di Bintulu dan Sibu, selain memudahkan pergerakan pelancong dari pelbagai destinasi di negara ini ke Kota Kinabalu, Bintulu dan Sibu.

Beliau berkata, dalam perbincangan dengan AirAsia, beliau turut menekankan kepentingan memastikan operasi penerbangan dikendalikan secara stabil, konsisten dan boleh dipercayai bagi meningkatkan keyakinan pengguna.

Pada masa yang sama, beliau menggesa syarikat penerbangan itu supaya mengekalkan kadar tambang yang munasabah sekiranya keadaan pasaran mengizinkan bagi membantu mengurangkan beban kos perjalanan rakyat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU